
Sejarah Awal
Kesultanan Aceh diasaskan oleh Sultan Ali Mughayat Syah pada tahun 1496. Ketika pemerintahan beliau, negeri Aceh berkembang sehingga ke Daya, Pedir, Pasai dan Aru. Beliau kemudiannya digantikan oleh Sultan Salahudin yang memerintah dari 1528 hingga 1537. Sultan Salahudin kemudianya digantikan oleh Sultan Alauddin Riayat Syah al-Kahar yang meneruskan pemerintahan Aceh hingga 1568.
Zaman Kegemilangan
Dalam lapangan pembinaan kesusasteraan dan ilmu agama, Aceh telah melahirkan beberapa ulama ternama, yang karangan mereka menjadi rujukan utama dalam bidang masing-masing, seperti Hamzah Fansuri dalam bukunya Tabyan Fi Ma'rifati al-U Adyan, Syamsuddin al-Sumatrani dalam bukunya Mi'raj al-Muhakikin al-Iman, Nuruddin ar-Raniry dalam bukunya Sirat al-Mustaqim, dan Syekh Abdul Rauf Singkili dalam bukunya Mi'raj al-Tulabb Fi Fashil.
Kejatuhan Aceh
Kejatuhan bermula selepas kemangkatan Sultan Iskandar Thani pada tahun 1641. Penganti beliau selepas itu adalah beberapa raja permaisuri yang lemah. Malahan, negeri-negeri naungan Aceh mula menetang Aceh dan membebaskan diri mereka. Belanda mula mara di Sumatera, menguasai satu demi satu negeri-negeri di Sumatera. Pada 1873, tercetuslah Perang Aceh, sebuah peperangan antara Kesultanan Aceh dengan Belanda. Pada tahun 1874, Sultan Aceh terakhir, Sultan Mahmud Syah, melarikan diri ke pergunungan sekaligus mengakhiri kesultanan Aceh.
Kebudayaan
Masjid Baitul Rahman di Banda Aceh

Ekonomi
Setelah kejatuhan Melaka, Aceh menguasai perdagangan di Selat Melaka. Kedudukan geografinya yang terletak di pintu masuk Selat Melaka memainkan peranan yang penting. Pedagang-pedagang dari China, India, Parsi dan Arab datang berdagang di Aceh. Faktor kedua yang menyumbang kepada kemajuan pelabuhan entrepot Aceh ini ialah kerana layanan buruk Portugis kepada pedagang-pedagang Asia di Melaka menyebabkan pedagang-pedagang bertukar pelabuhan ke Aceh dan Johor.
Ekspot utama Aceh ialah rempah ratus seperti lada, buah pala, bunga cengkih, dan juga timah[1]. Aceh mendapatkan timah dari Pahang yang ketika itu menjadi naungannya. Kadar faedah yang rendah dan penggunaan mata wang emas mengukuhkan lagi ekonomi Aceh[2]. Ekonomi Aceh walau bagaimana pun masih lagi rapuh kerana kesukarannya dalam membiayai operasi ketenteraannya.
Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Aceh
Tidak ada komentar:
Posting Komentar